Kenangan

Tiba2 terkenangkan si anak yang sudah sangat bahagia di alam yang kekal abadi! Lalu membawa saya kepada coretan lama ketika masih bertarung antara harapan dan realiti, suatu yang amat sukar saya terima ketika itu. Ini catatan pada hari ke 6 Allahyarham MAS dilahirkan.

“Merah mata Muhammad buat Umi tersangat hiba, kerut dahi Muhammad buat Umi luluh jiwa….. genggam jari Muhammad buat umi jatuh air mata…… Subhanallah…… ini semua ketentuan Nya….

Betapa rindu Muhammad pada Umi, Abah dan kakak-kakak…….. begitulah juga rindu hiba kami padamu wahai anak….. namun kami redha….. ini semua ujian buat kita….. mungkin kafarah atas dosa2 silam Umi dan Abah, dan mungkin sebagai ujian sebelum kami menyahut panggilan Agung Nya…..

Doa Umi supaya Muhammad tidak akan tersiksa lama, jika Dia suratkan kesembuhan….. moga kesembuhan itu datang dalam kadar segera, dan jika Dia suratkan sebaliknya, kami lebih rela dari melihat Muhammad tersiksa……AllahuAkbar……….. Engkaulah pengatur segala aturan…….kami redha dan pasrah……”

 

Catatan hari ke 10

“Semalam, Sabtu 23 April 2011 Umi melawat Syamil bersama abah agak lewat, maafkan Umi sayang…… Kami tiba lebih kurang 5.40 petang, sebaik masuk ke bilik Intensif 2, wad 6B HSNZ, nampak doktor tengah buat persiapan untuk pasang drip pada tangan Syamil…. Sebelum doktor mulakan prosedurnya, dia benarkan Umi bersama Syamil sekejap……Syamil masih tidur…dengan peluh menyimbah sekitar dahi, muka dan hidung…. kepala juga umi rasakan sangat basah……..lalu umi lapkan dengan kain alas kepala Syamil…. dan doktor arahkan kami berdua keluar untuk teruskan prosedur dia…..

Selesai prosedurnya, doktor benarkan kami masuk, tapi sekejap kami mula menyentuh Syamil, masuk pula nurse kerana waktu bersihkan tube oksigen Syamil sudah tiba. Seperti semalam, tepat waktunya Umi bawakan susu Umi untuk Syamil….. Sayu melihat bagaimana nafas Syamil termengah-mengah setiap kali nurse tanggalkan tube oksigen untuk menyedut cairan dan kahak yang memang Umi sendiri rasakan sangat banyak dari hela nafas Syamil…. Satu persatu dibuat nurse yang sama semalam, dari bersihkan tube, tukar lampin, susukan Syamil…… semuanya dibuat dengan kasih sayang….. Posisi Syamil ditukar, dan selesai kerjanya, nurse tersebut berikan Umi dan abah pula giliran bersama Syamil……

Luas mata mu anak ……jelas mata hitam yang bulat berkelip-kelip memberikan pandangan yang sangat bermakna untuk Umi dan abah……Umi tahu Syamil mahu berinteraksi dengan kami, namun tube besar di kerongkong membataskan pergerakan kepala yang sudah sememangnya lemah…..Sayu sekali bila melihat gerakan mulut Syamil seolah mahu tersenyum dalam kepayahan bila diusap dan diagah……. Comel dan mulus sekali umi rasakan anak umi ini……semalam Syamil kelihatan tidak seperti hari ini……. Sungguh comel dan bersih……… Rasa seperti tidak mahu meninggalkan Syamil…. Umi tunggu sampai dirimu tertidur……… dan wajah Syamil sentiasa terbayang dimata Umi…… Dua hari bertemu Syamil walau sekejap sangat bermakna…… esok umi sudah tidak berpeluang melawat Syamil…. Tunggu Umi 5 hari lagi sayang……sabarlah walaupun lama kerana Allah sedang menguji Umi…… Kedatanganmu ini Rahmat wahai anak…… Alhamdulillah…..”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s