Tanda penuaan

Saya tahu saya semakin berusia, tak sampai sebulan lagi genap 34 tahun. Ini beberapa peristiwa yang membuktikannya.

Dua hari lepas, selepas selesai solat Isyak saya macam biasa terus ke tempat suami parking kereta tanpa toleh kiri kanan. Lagipun mata memang rasa tak berapa selesa sejak balik dari Haramain ( ini pun salah satu tandanya ). Dari tempat solat wanita, saya nampak dari jauh kereta kami dan terus menuju ke kereta itu. Suami dah tengok dari jauh dan panggil nama saya bila nampak saya betul2 macam nak ke kereta yang saya sangka kereta kami! Sakan saya digelakkan suami… Rupanya dalam kereta tu pakcik tua yang terkebil2 tengok saya!

Semalam, saya bersiap2 dan dah buat bingka ubi kayu untuk kakak ipar yang nak makan sangat. Kami akan ke KL bawa anak2 jalan-jal, sekali hantar adik ipar yang bongsu ( Cik Su ) yang dah nak balik Sarawak transit dahulu kat rumah seorang lagi BIL di KL. SIL yang sulung akan bertolak dari Changloon juga ke rumah adik ipar yang menetap di KL. Saya dah siap semua sebab ingat kami akan bertolak hari ni! Rupanya esok baru bertolak sebab saya dah lupa hari! Memang dah tua!

Cuti sekolah tak lama lagi akan berakhir, macam mana nak fokus ni kalau asyik hilang setting je memory ! 🙂

Tadi, saya ke Klinik Pakar  untuk ambil sampel darah macam biasa, 2 minggu sebelum tarikh TCA . Sampai kat sana nurse kata belum masanya sebab tarikh TCA 31 Januari 2012! Saya baca pada kad temujanji 3 Januari 2012….

Saya juga tersilap solat tadi ! Solat yang bukan pada waktunya! Rasa macam nak menangis pun ada,  betul…..

Ya Allah…..Ya Allah….. Ya Allah…. Aku redha atas setiap qadar yang telah Engkau tentukan buatku, namun aku pohon agar perjalanan hidupku ini tidak akan sekali-kali menjadi beban kepada sesiapa jua…..

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s