Ubat

Hari ni, sudah hari ke berapa saya tinggalkan HCQ, Prednisolone, Carbimazol, Calcitriole dan Propanolol saya sendiri tak pasti. Yang pasti, saya sangat2 ingin bebas dari segala nama yang tertera itu!.  Saya bebaskan diri saya tanpa kebenaran orang yang memberi preskripsi. Lama, hampir sebulan? Adalah kot kalau dikira dari acuh tak acuh saya mengambil kesemua tu sekembali ke tanah air.

Pernah saya katakan pada Alang ( adik yang merupakan seorang MO ),

” Rasa macam dah sihat, tolong check result Rheumato boleh dok? TCA patutnya 18 Okt ari tu tapi sbb dok leh tarikh baru ag, dia suruh confirm balik. Rasa malas doh nok g kalau result last TCA tu ok. Continue MOPD Dungun je lah…..”

“esok2 i roger2 okieee…btul x mboh tca rheumato? kalau dok nk tolong amik date baru..”

“tengok result dululah, tapi rasa macam sihat je….. ngeh ngeh ngeh”

“kurang menariknyer ayat itu..hahaaa…bagus untuk rasa sihat tapi lagi bagus berusaha untuk jd lagi sihat. nanti la kite tengok..”

Terukkan saya? Balik dari tanah suci terasa tak mahu langsung pantang makan, ada hati pulak tu pandai2 skip ubat. Alang sebenarnya tak tau saya skip ubat, kalau tau ni banyak ler ‘dapat’ lagi…

Minggu lepas, dah mula rasa tak selesa pada muka dan ada juga rasa sakit bila tarik nafas 2-3 kali. Saya masih degil, tak nak ambik jugak. Sekarang, rash rasa dah macam dulu2. Ia kembali! Dan semalam dalam perjalanan balik rumah Ma  suami tanya pasal ubat. Terpaksala pecah rahsia tak makan. Hari ni, kena la mulakan rutin semula…….malasnya.

‘Ya Allah, aku mahu sihat untuk terus beribadat sehingga ke saat terakhir nyawaku. Jangan lah jadikan penyakit ini alasan untukku lalai dan alpa…. Jangan juga jadikan orang lain terbeban dengan sebab diriku…’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s