Cubaan pertama…

 

Hari ini kami secara spontan terasa nak cuba membawa anak2 berjamaah sekali ke masjid. Belum pernah bawak mereka sebenarnya, kerana bimbang keletah mereka mengganggu orang lain. Ada perjanjian yang kami buat. Jika mereka berdua lepas ujian pertama ni, mereka akan dapat ganjaran dari Umi dan Abah. Jika tidak, esok satu hari kad astro akan dikeluarkan dan tak ada peluang nak menonton.

Arisya akan masuk usia 6 tahun Jun 2012, dan Auni akan berusia 5 Tahun pada Oktober 2012 dan ini percubaan pertama! Adakah berjaya misi kami?

Sebaik sampai ke rumah usai solat Isyak, Cik Su datang bertanya kenapa budak berdua ni tak ke rumah Mak Tok ( sebelah rumah ) sebab setiap hari sepanjang Cik Su masih bercuti sekolah ni kami tinggalkan mereka di situ bila ke Masjid. Saya jawab,

” Bawak sekali, nak try tengok macam mana ”

“Ok ke Kak Nor?”

“Mula-mula ok, tapi sebab nak tunggu Isyak diorang start boring dan adik mula tunjuk belang”

Jadi balik je tadi dua2 didenda cabut kad astro, menyebabkan dua2 tidur awal. Esok macam mana? Kakak dah awal2 dekat masjid lagi cakap,

“Umi, esok kakak tak nak ikut sebab lama sangat kena tunggu”

Saya tidak mengiakan atau menidakkan. Saya sangat berharap agar mereka ni minat nak ikut, sebab kalau nak harapkan Cik Su aje nanti dah habis cuti sekolah macam mana pulak. Kalau boleh saya mahukan setiap hari dapat bawak mereka berdua bersama….

 

Advertisements

One thought on “Cubaan pertama…

  1. Assalamualaikum,
    Pengalaman membawa anak ke surau amat menggembirakan saya. Saya membawa anak ke surau seawal usia 2 tahun 3 bulan.

    Pada awalnya, dia main juga di surau. Tetapi, setelah beberapa kali dimarahi, dia dak ok. Sekarang, pada usia dua tahun setengah Alhamdulillah, anak saya dah ok. Tak lagi main di surau. Dia dah boleh ikut orang bersolat dari belakang .Walaupun sorang sorang.

    Kadang kadang, terdengar suara dia. Tapi kecil sahaja. Boleh dimaafkan.

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s