Warkah Rindu

Khas buat kedua putera yang dikasihi….

Umi tahu, kamu berdua sangat aman dan bahagia di sana. Kamu tidak perlukan apa-apa dari kami kerana kamu dijanjikan Allah lebih bahagia dari kami. Umi rindukan kamu berdua…

Muhammad Irfan Syahmi,

Sukar untuk mendengar adik-adik kamu iaitu Arisya Balqis dan Auni Maisara menyebut nama kamu tapi petang ini Auni menyebut nama kamu! Ia menyentuh hati Umi…..

Muhammad Akhtar Syamil,

Nama kamulah yang sangat kerap menjadi sebutan Auni Maisara, kakak kamu. Apa sahaja barang pasti dikaitkan dengan kamu sehinggakan keluar ayat ini,

” Ohhhh Akhtar Syamil, bilalah kamu ni nak keluar, keluar lah cepat Akhtar Syamil…..”

Hati ibu mana yang tidak tersentuh mendengarnya. Kalau itu keluhan rindu Auni, lebih lagi kerinduan Umi yang mengandung dan melahirkan kamu…..

Terima kasih pada Dia yang Agung kerana meminjamkan kamu berdua walaupun sekejap. Umi bangga punyai sejarah bersama kamu berdua! Semoga kamu turut mendoakan kesejahteraan kami dunia dan akhirat…. Umi teringin sekali mimpikan kamu berdua………

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s