Kasih Ibu

Alhamdulillah, usia akan memasuki 34 tahun Januari nanti dan saya masih diizinkanNya merasai ni’mat kasih sayang ibu yang tak berbelah bahagi. Betapa luhurnya hati seorang ibu hanya Dia yang tahu. Terima kasih Ma dan syukur yang tidak terhingga kepada Penciptanya.

Ibulah pendorong ketika saya tidak pernah rasa bersungguh memasang tekad menunaikan fardhu haji. Ibulah yang menasihati saya supaya mendaftar lalu saya manfaatkan duit Mas Kahwin saya sendiri untuk itu. Ibulah yang masih memberi perangsang ketika saya berperang dengan emosi melahirkan anak dengan masalah Spinal Muscular Artrophy pada tahun saya menerima kad undangan istimewa dari empunya langit dan bumi.

Allah! Saya cuma mampu menitiskan air  mata ketika ibu katakan,

” Jangan sekali-kali tarik balik keputusan nak pergi hanya kerana Syamil, Ma ada InsyaAllah Ma akan jaga walau macam mana keadaan dia sekalipun ”

Begitu semangat seorang ibu yang tebal dengan kasih sayang terhadap Allah dan terhadap darah dagingnya.

Allah mengatur segalanya untuk menguji sejauh mana kekuatan dan kesungguhan saya rupanya. Arwah Muhammad Akhtar Syamil dihadirkan atas doa kami berkehendakkan seorang zuriat lelaki menggantikan Arwah Muhammad Irfan Syahmi yang terlebih dahulu Dia pinjamkan. Namun, selebihnya  Dia juga menghadirkan zuriat kami dalam keadaan sebegitu bagi menguji sejauh mana ketaatan kami kepadaNya.

Mengajar kami bagaimana mahu mengawal emosi, mahu bersabar tahap tinggi, mahu ikhlaskan hati melakukan segalanya kerana Dia. Tidak sampai 6 bulan jarak kelahiran Syamil dengan tarikh pemergian kami ke tanah suci. Benarlah, ia ujian yang datang dalam fasa pertama, yakni ujian sebelum mengerjakan fardhu haji.

Ibu tidak pernah merungut dengan karenah Arisya dan Auni. Malah ketika menyambut kepulangan kami pelbagai juadah disediakan. Duit yang kami khususkan untuk mereka sepanjang pemergian juga dipulangkan dengan alasan,

” Ma pun nak pahala yang sama macam kamu kerjakan haji. ”

Mana mungkin kami tergamak ambil semula duit tersebut, lalu terpaksalah kami berhelah untuk memastikan mereka menerimanya. Benarlah kata orang, seorang ibu tak pernah mengharap wang ringgit menjadi ganjaran.

Pun begitu, ada juga ibu yang sangat berkira dengan anak2. Saya mohon agar saya akan dijadikan ibu yang senantiasa kaya dengan sifat pemurah terhadap anak2 saya…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s